Tarikh kuat kuasa: 01/07/2026
HubIlmu ialah platform pembelajaran dalam talian yang menyediakan akses kepada nota, latihan, kelas cikgu, dan fungsi bantuan pembelajaran mengikut subjek atau kumpulan yang dibenarkan.
HubIlmu sedang berada dalam fasa percubaan, beta, dan penambahbaikan. Sesetengah fungsi mungkin berubah, ditambah, dipindahkan, ditangguhkan, atau dihentikan sementara dari semasa ke semasa.
HubIlmu boleh menawarkan akses percubaan untuk tempoh tertentu, contohnya tiga bulan atau tempoh lain yang ditetapkan. Dalam fasa percubaan atau penstabilan sistem, tempoh percubaan boleh dilanjutkan, dipendekkan, diubah, atau ditamatkan mengikut budi bicara pihak HubIlmu.
Pengguna bertanggungjawab memastikan maklumat akaun yang diberikan adalah betul dan tidak menyalahgunakan akaun. Akaun boleh terdiri daripada pelajar, guru, atau pentadbir mengikut peranan yang diluluskan.
Bagi pelajar bawah umur, penggunaan platform hendaklah dibuat dengan pengetahuan dan kebenaran ibu bapa, penjaga, atau pihak sekolah/guru yang berkaitan.
Akses kepada subjek umum HubIlmu bergantung kepada trial, akses khas, langganan, atau kebenaran yang diberikan oleh pihak HubIlmu. Subjek yang aktif boleh dibuka untuk nota dan latihan. Subjek yang tamat tempoh boleh dipaparkan sebagai terkunci dan tidak boleh digunakan sehingga akses disambung semula.
Akses kepada kelas cikgu atau kumpulan private adalah berasingan daripada akses subjek umum HubIlmu. Pelajar hanya boleh masuk ke kelas private setelah diluluskan oleh guru atau pentadbir yang berkaitan.
HubIlmu atau guru boleh membekukan, menangguhkan, atau mengarkibkan kumpulan mengikut keperluan pentadbiran, tamat trial organisasi, isu teknikal, atau sebab keselamatan/pematuhan.
Kandungan seperti nota, soalan, latihan, dan bahan pembelajaran disediakan untuk tujuan pendidikan. Pengguna tidak dibenarkan menyalin, menjual semula, menyebarkan, atau menyalahgunakan kandungan tanpa kebenaran.
HubIlmu mungkin menyediakan fungsi bantuan pembelajaran seperti pembimbing subjek, semakan jawapan, atau ciri berasaskan AI pada masa akan datang. Jawapan atau cadangan yang diberi adalah untuk membantu pembelajaran dan tidak semestinya menggantikan guru, buku teks, atau rujukan rasmi.
Semasa fasa percubaan, sebahagian fungsi mungkin diberikan secara percuma atau percubaan. Apabila pelan berbayar diperkenalkan, akses pengguna mungkin tertakluk kepada jenis pelan, tempoh langganan, had penggunaan, dan syarat pembayaran yang akan dimaklumkan.
Pengguna tidak dibenarkan menggunakan HubIlmu untuk tujuan menipu, menyerang sistem, mengganggu pengguna lain, menyebarkan kandungan tidak sesuai, melanggar undang-undang, atau melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan platform.
HubIlmu berhak menggantung, membekukan, mengehadkan, atau menamatkan akses pengguna sekiranya terdapat salah guna, pelanggaran terma, isu keselamatan, tamat tempoh akses, atau keperluan operasi platform.
Terma ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Penggunaan berterusan selepas perubahan dibuat dianggap sebagai persetujuan kepada terma yang dikemas kini.
Untuk pertanyaan berkaitan akaun, akses, atau terma penggunaan, sila hubungi pihak pentadbiran HubIlmu.